Thursday, February 6, 2014

Bahaya Handphone Clone

Penggunaan handphone clone sebenarnya merbahaya. Disini disenaraikan kes-kes letupan handphone clone dari China.

 Kes pertama charger Iphone 5 meletup semasa di cas.









Shocking: The Apple iPad and recharger plug, which exploded at the socket, burning Tim Gillooley''s fingers and sending him flying across the room

 Kejadian ini berlaku dilaporkan pada 29/08/13 dUnited Kingdom,di mana seorang bapa memberitahu bagaimana pengecas iPad anak perempuannya meletup di tangannya dan menyebabkanbeliau terkena  kejutan elektrik yang kuat.

Tim Gillooley, 34, berkata dia telah tercampak di hujung bilik dan jari kirinya hitam apabila dia cuba untuk mencabut charger tersebut di rumah ibunya di Widnes, Cheshire. Beliau percaya anak perempuannya yang berusia lapan tahun,Chloe akan terbunuh jika menyentuh charger tersebut.

Baca lebih lanjut:
charger meletup

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kes kedua dilaporkan pada 13/08/13 di china  dimana Wanita Cina telah mendakwa biji matanya  tercalar selepas beliau iPhone 5 meletup.

Pengguna telefon, nama keluarga Li dari Dalian, berkata dia merasakan bahawa iPhone beliau panas selepas bercakap selama 40 minit.

Beliau berkata apabila dia cuba untuk menamatkan panggilan pada telefon skrin sentuh namun ia tidak responsif dan kemudian ia meletup di atas sudut kanan,skrin retak dan kaca itu masuk ke dalam matanya.

Rujuk: mata calar
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kes ketiga berlaku di Switzerland apabila samsung galaxy s3 clone meletup didalam poket beliau ketika beliau sedang bekerja.
La-Chaux-de-Fonds. Le 4 juillet 2013. Fanny Schlatter, son telephone, Samsung, a pris feu dans sa poche de salopette.


Rujuk: meletup dalam poket


Wednesday, February 5, 2014

Kerjaya di dapur

                 Salah satu pesan orang tua kepada  anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.
Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.
       
           Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius  melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami.

                 Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana  redha suami memang menjadi tujuan  dari perjuangan seorang wanita muslimah.

Dapur Tempat “Berkarier”

              Betapa ruginya jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam `berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya memberi pahala dengan pembantu rumah.

          Beribu alasan kesibukan dan ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang pekerjaan rumah hanya mengikat  perkembangan kreativiti wanita.
Hanya orang- orang yang belum mengerti kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di dapur, maka  masa depan wanita tamat.

            Namun hal ini berbeza dengan fikiran  wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan bererti memasrahkan diri menjadi pelayan. Melayani suami bererti meningkatkan darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.
MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan. Wanita ajaib bagaimana  yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk pasangannya. apa – apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.

         Fikirannya  selalu terfikir untuk  menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta.  Pahala untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman. Memang masih banyak cara untuk membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya. Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri.

         Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam menjaga amanah. Maka jangan pernah melecehkan ketentuan Allah, dan jangan menunggu sampai hak  itu diambil Allah barulah kita menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di luar dan atau buatan orang lain.
Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh- sungguh dalam belajar.
Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur.
kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana. So, mengapa tidak   memulakannya sekarang?
Selamat memburu pahala..

Tiga Hal

 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 🕐
2. Kata-kata
3. Kesempatan
...
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit 🏥
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh dan solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang. Maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya.

Jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.



#copy paste

Mahar Cinta

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Permata Yang Dicari

Ini adalah salah satu lagu kegemaran aku...


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Apa macam, liriknya bagus tak? Jika betul-betul menghayati~~

Tuesday, January 21, 2014

Petua Mendapat Rezeki yang Banyak

1. bersedekah tanpa mengharapkan balasan
2. berdoa
3. mengamalkan  Solat sunat Dhuha
  •  Waktu: 7.30pagi-1.00 tengah hari (kira-kira 20 minit selepas matahari terbit hingga sebelum waktu zuhur)
  • Bilangan rakaat: 2,4, 8 & 12

4. Beristigfar, banyakkan mengingat Allah, jangan tinggal solat,
5.Mengamalkan membaca surah at-Talaq ayat 2-3 (dipanggil ayat 1000 dinar)

Orang Munafik

"solat subuh dan isyak adalah solat yg paling sukar dikerjakan oleh org munafik"

Tuesday, January 7, 2014

Cara Check-In Airasia Di web

1. Pergi ke laman web airasia ( http://www.airasia.com/my/en/home.page ) dan klik LOGIN.
Jika anda belum mendaftar, anda mestilah klik SIGN UP dan kemudian isi borang yang telah disediakan secara online. Tunggu pengesahan emel dari Airasia dan selepas itu baru lah boleh LOGIN.

2. Page LOGIN akan keluar dan LOGIN di situ menggunakan emel dan kata laluan.

3. Klik manage my flight

4.Klik Check in


5.Klik pada perjalanan yang mahu di check-in dan kemudian klik continue.


6.ok. sekarang flight anda telah di check-in. anda boleh memilih sama ada untuk print boarding pass terus ataupon hantar boarding pass ke emel anda(kalau tidak ada printer) ataupun hantar ke handphone android anda.


 7. selepas itu anda boleh print boarding pass yang telah di hantar diemel andajadi jimat rm10 sebab check-in sendiri dekat web. anda ju.ga boleh check-in flight anda di kiost di lapangan terbang. selesai.