Thursday, December 26, 2013

Sticker Bio Energy Chip

Assalamualaikum..

          Hari ini aku hendak berkongsi sedikit sebanyak mengenai STICKER BIO ENERGY CHIP (SBEC). SBEC ini adalah satu chip. (Chip lepastu liminate...hahaha...) SBEC ni mengandungi serbuk 26 jenis BATU GUNUNG BERAPI di hasilkan menjadi sekeping STIKER yang berteknologi tinggi. Mengandungi ion (-) negatif ditugaskan untuk meleraikan MOLEKUL PETROL DAN DIESEL supaya ianya menjadi banyak dan memampatkan tangki PETROL DAN DIESEL serta MEMBERI KUASA PADA KENDERAAN.




 Kelebihan Sticker Bio Energy
~ menjimatkan petrol dan diesel
 ~meningkatkan tenaga dan stamina
~ meningkatkan sistem pertahanan badan
~ meningkatkan daya ingatan
~ memperbaiki pengaliran darah
~ membantu masalah darah tinggi/rendah,migrain,asthma,gout reumatic dll.. 

hanya perlu TAMPAL, GUNA, DAN JIMAT SEHINGGA 25% petrol anda. (iklan dia) 
 apa macam...macam tak percaya je kan!!


Pengalaman aku menggunakan Sticker Bio Energy Chip
 
Sebenarnya mula-mula aku pun tidak percaya dengan sticker ni. Macam pelik sahajakan tampal sticker dekat penutup tangki minyak, lepas tu minyak kereta jadi jimat. Tetapi selepas kakak aku beli dan dia kata minyak kereta dia jimat aku pun rasalah nak try (actually kakak aku dapat free daripada husband dia). Aku pun beli la. huhu ... So sekarang ni aku baru start nak buat kajian la betul ke tak jimat minyak apabila guna stiker chip ni.
kajian aku ni berdasarkan:

1. Model kereta: Saga flx 1.6 (A)
2. Usia Kereta: 1 tahun
3. Perjalanan adalah ulang alik dari rumah ke tempat kerja.(jalan jem ke, stop kete ke, pasang air cond ke, ..semua termasuklah)
4. Cara pemanduan: Memandu dengan cara tak berhemah. speeding paling laju pon 120km/h je la..(sebab office aku dekat je dengan rumah-13km)


Pengunaan minyak sebelum menggunakan SBEC ni

Harga petrol= RM1.90/ liter-Shell
untuk RM5 petrol aku boleh pergi sejauh 26km
bermaksud untuk 1 liter petrol aku boleh pergi sejauh 9.9km

Penggunaan petrol selepas menggunakan SBEC ni

Harga petrol=RM2.10/liter-shell
Untuk RM50 petrol aku boleh pergi sejauh 263km
Ini bermaksud untuk 1liter petrol aku boleh pergi sejauh 11.05 km 

Ini bermaksud.....minyak makin jimat...huuhu

Ini adalah berdasarkan bukti dibawah:



Harga petrol=RM2.10/liter-shell
Untuk RM30 petrol aku boleh pergi sejauh 175km
Ini bermaksud untuk 1liter petrol aku boleh pergi sejauh 12.25 km 



Harga petrol=RM2.10/liter-petronas
Untuk RM30 petrol aku boleh pergi sejauh 203km
Ini bermaksud untuk 1liter petrol aku boleh pergi sejauh 14.21 km

Kesimpulannya petrol aku jimat 14% je..tapi oklah tu..kalau nak lebih power cuba lekat sticker lebih dari satu...


nota: sebenarnya kajian ni tak siap lagi..hehhee..tunggu minyak aku tinggal 1 bar. aku akan ambik gambar mileage lagi




Dia Selalu Ada

              Hidup di dunia. Kau berdepan kesukaran yang menggila. Ada saat-saatnya kau berasa seolah-olah telah ditakdirkan untuk kalah,dan semua yang telah kau dilakukan terlihat salah.Seorang insan berdosa dan menyedari dosa besarnya. Kemudian ia merasa tidak mampu selamat daripada dosa-dosa yang lalu. Terkadang fikirannya menyimpang ke arah kejahatan. Fikirannya mengatakan yang dia sudah tidak dapat selamat, dan nafsu pula mengajaknya supaya menjadi lebih khianat.

            Lalu dia terlihat tegar mengotorkan janji Tuhan mengenai syurga dan kemanisannya. Tunggu dulu! Jangan kau melulu menghukum saudaramu itu. Mungkin dia bukan begitu tetapi dia telah terperangkap dengan semalam yang silap. Fikirnya dia sudah menjadi pembiadab, dan dirinya sudah tiada harap. Manusia yang terlihat hanyut, ada masanya tidak memilih untuk terus menjadi hanyut. Namun, ada masanya mereka tertewas, dan masalah yang paling besar adalah mereka terus tertewas.

         Ada manusia yang selalu berasa tertekan dan merasakan masalah terlalu banyak, terlalu membebankan. Andai kehidupan itu ruang bilik peribadi mereka, maka masalah yang dihadapi seoalah menghimpit diri ke hujung sudut dan pastinya setiap jasad akan menjadi remuk dan merenyuk. Percayalah, di mana ada masalah, di situ jua ada Allah. Masalah itu diciptakan supaya kau sedar bahawa kau hanyalah hamba, perlu lebih mendamba. Agar haus tikar sembahyangmu kerana sujud yang begitu asyik.


Allah SWT berfirman:
"Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - \[Surah Az-Zumar: 53]


             Siapa kau? Pendosa yang tercelaka? Pemegang beban masalah dunia? Jangan berhenti berharap. Jangan hukum dirimu sebelum kau dihukum. Masalah itu hadiah, ia anugerah dan ia juga pendekat dirimu dengan Allah.

      Percayalah, setiap kesusahan itu pasti akan berakhir dengan kegembiraan jika kau punya kesabaran.
Setiap kali datangnya saat-saat yang kau tidak mahu bernafas lagi, ingatlah yang sebenarnya Pencintamu sedang menguji.


[B]Ya Allah,rahmatilah dan hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit ini dengan segala kemudahan.[/B]
Bila berakhirnya semua ini, bila habis Kau menguji diri ini, hiaskanlah wajah-wajah berdosa ini dengan senyuman dan ketenangan dari-Mu.


Wallahua'lam.

Konsep Dosa dan Kesannya

Dalam kita menjalani kehidupan di dunia ini kita seharusnya berlumba-lumba untuk mendapatkan keampunan dan pahala yang banyak dari Allah Subhanahu Wata’ala sebagai bekalan di akhirat nanti. Walau bagaimanapun sebagai hamba Allah kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa, sama ada kecil atau besar, sengaja atau pun tidak. Ini kerana sifat semula jadi manusia yang lemah dan mudah tunduk kepada keinginan hawa nafsunya. Tetapi itu bukanlah alasan bagi membolehkan berbuat dosa kerana orang yang beriman setentunya taat kepada perintah Allah Subhanahu Wata’ala dan sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan tidak akan mudah kalah oleh hawa nafsu, sebaliknya berusaha menghindarkan diri dari melakukan dosa dan maksiat. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Ali ‘Imran ayat 133, tafsirnya :

“Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”.

Sebenarnya perkara dosa dan maksiat ini tidak boleh dipandang ringan kerana setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan daripada Allah Subhanahu Wata’ala sama ada di dunia atau di akhirat. Dan ingatlah bahawa balasan dan kesan daripada dosa itu boleh saja Allah Subhanahu Wata’ala timpakan bila-bila masa dan tanpa kita sedari.

Adapun di antara kesan-kesan akibat dari perilaku dosa dan maksiat itu ialah,

Pertama : Menggelapkan hati kerana kegelapan dan kekerasan hati membuat manusia itu semakin jauh dari kebenaran dan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala. Oleh itu hati perlu dijaga dan digilap selalu dengan zikir dan melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata’ala serta menjauhi larangan-Nya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :

“Dari Abi Hurairah Radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya seorang mukmin jika ia melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam”. (Riwayat Imam Ibnu Majah).

Kesan yang kedua pula ialah terhalang dari mendapat rezeki. Perkara ini telah disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, maksudnya :

“Dari Sayuba ia berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Tiada yang dapat menambah umur kecuali amal kebajikan. Dan tiada suatu yang dapat menolak takdir kecuali doa. Dan sesungguhnya seorang itu diharamkan rezeki baginya disebabkan dosa yang diperbuatnya”.

Adapun kesan yang ketiga pula ialah hawa nafsu akan menguasai diri. Bila hawa nafsu telah menguasai diri manusia, sudah setentunya mereka tidak akan dapat menilai tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Mereka juga akan terus hanyut dibuai keseronokan yang akhirnya membawa padah yang buruk dan mendapat kemurkaan daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Jaatsiyah, ayat 23 tafsirnya :

“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu wahai Muhammad terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya : Tuhan yang dipatuhinya dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuinya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeterikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah menjadikan dia berkeadaan demikian? Oleh itu, mengapa kamu wahai orang-orang yang ingkar tidak mahu beringat dan berinsaf?”.

Kesan yang keempat pula ialah mendapat azab dari Allah Subhanahu Wata’ala. Setiap pelaku dosa atau maksiat perlu menyedari bahawa dosa dan maksiat yang dilakukan akan mendapat kemurkaan Allah Subhanahu Wata’ala. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Asy Syuura ayat 30, tafsirnya :

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan atau bala bencana, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa dan dalam pada itu Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu”.

Dari kesan-kesan dosa dan maksiat yang dijelaskan tadi, apakah tidak timbul kesedaran di dalam diri kita untuk menginsafi segala perbuatan dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. Apa yang penting ialah kita hendaklah sentiasa muhasabah diri, bertaubat, berdoa dan seterusnya berazam untuk kembali ke jalan yang benar dan lurus serta diredai Allah Subhanahu Wata’ala. Semoga dengan demikian, Allah Subhanahu Wata’ala Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang akan sentiasa melimpahkan rahmat dan belas kasihan-Nya kepada kita semua sehingga dengannya kita dapat hidup aman bahagia di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah An Nuur, ayat 31 tafsirnya :

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya”.

sumber:http://drmindailmu.blogspot.com

SF BEAUTY





SF beauty merupakan penemuan daripada sumber semulajadi untuk rawatan yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi.
SF beauty bertindak meningkatkan metabolisma kulit dgn penjanaan sel-sel baru,merencatkan proses penuaan,mengurangkan garis-garis halus,menambah ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa. Mengandungi Vitamin E utk merawat muka dgn menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat,mengecilkan pori-pori serta mencerahkan kulit...

KRIM MALAM = dipakai pada mlm hari utk merawat wajah.
KRIM SIANG = dipakai pd siang hari utk melindungi dari sinaran UV..

Boleh dipakai sebagai alas bedak..sesuai utk semua jenis kulit..

Kulit akan mendapat kelembapan semula jadi dan terasa halus dalam tempoh 1 hingga 3 minggu. Krim malam boleh dikurangkan penggunaannya selepas hasil yang diharapkan.(seminggu 2 atau 3 kali sahaja).
SF beauty mempunyai kelulusan KKM.





Produk ni pada saya sangat baik, bagus & berkesan :)





Kenapa? 


Sebab, saya guna SF Beauty untuk melembap & melembutkan kulit ternyata berkesan selepas 2 minggu. Kulit muka saya ternyata tidak lagi mengalami masalah minyak.





Kepada kulit yang sensitif, mengalami resdung atau alahan seafood juga boleh diselesaikan. Ini adalah testimoni dari rakan saya sendiri. SF Beauty nyata hebat :)