Hidup di dunia. Kau berdepan kesukaran yang menggila. Ada
saat-saatnya kau berasa seolah-olah telah ditakdirkan untuk kalah,dan
semua yang telah kau dilakukan terlihat salah.Seorang insan
berdosa dan menyedari dosa besarnya. Kemudian ia merasa tidak mampu
selamat daripada dosa-dosa yang lalu. Terkadang fikirannya menyimpang
ke arah kejahatan. Fikirannya mengatakan yang dia sudah tidak dapat
selamat, dan nafsu pula mengajaknya supaya menjadi lebih khianat.
Lalu
dia terlihat tegar mengotorkan janji Tuhan mengenai syurga dan
kemanisannya. Tunggu dulu! Jangan kau melulu menghukum saudaramu itu.
Mungkin dia bukan begitu tetapi dia telah terperangkap dengan semalam
yang silap. Fikirnya dia sudah menjadi pembiadab, dan dirinya sudah
tiada harap. Manusia yang terlihat hanyut, ada masanya tidak
memilih untuk terus menjadi hanyut. Namun, ada masanya mereka tertewas,
dan masalah yang paling besar adalah mereka terus tertewas.
Ada
manusia yang selalu berasa tertekan dan merasakan masalah terlalu
banyak, terlalu membebankan. Andai kehidupan itu ruang bilik peribadi
mereka, maka masalah yang dihadapi seoalah menghimpit diri ke hujung
sudut dan pastinya setiap jasad akan menjadi remuk dan merenyuk. Percayalah,
di mana ada masalah, di situ jua ada Allah. Masalah itu diciptakan
supaya kau sedar bahawa kau hanyalah hamba, perlu lebih mendamba. Agar
haus tikar sembahyangmu kerana sujud yang begitu asyik.
Allah SWT berfirman:
"Katakanlah:
Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang." - \[Surah Az-Zumar: 53]
Siapa kau? Pendosa
yang tercelaka? Pemegang beban masalah dunia? Jangan berhenti berharap.
Jangan hukum dirimu sebelum kau dihukum. Masalah itu hadiah, ia
anugerah dan ia juga pendekat dirimu dengan Allah.
Percayalah, setiap kesusahan itu pasti akan berakhir dengan kegembiraan jika kau punya kesabaran.
Setiap kali datangnya saat-saat yang kau tidak mahu bernafas lagi, ingatlah yang sebenarnya Pencintamu sedang menguji.
[B]Ya Allah,rahmatilah dan hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit ini dengan segala kemudahan.[/B]
Bila
berakhirnya semua ini, bila habis Kau menguji diri ini, hiaskanlah
wajah-wajah berdosa ini dengan senyuman dan ketenangan dari-Mu.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment