Hari ini aku hendak berkongsi sedikit sebanyak mengenai STICKER BIO ENERGY CHIP (SBEC). SBEC ini adalah satu chip. (Chip lepastu liminate...hahaha...) SBEC ni mengandungi serbuk 26 jenis BATU GUNUNG BERAPI di hasilkan menjadi sekeping STIKER yang berteknologi tinggi. Mengandungi
ion (-) negatif ditugaskan untuk meleraikan MOLEKUL PETROL DAN DIESEL
supaya ianya menjadi banyak dan memampatkan tangki PETROL DAN DIESEL
serta MEMBERI KUASA PADA KENDERAAN.
Kelebihan Sticker Bio Energy
~ menjimatkan petrol dan diesel
~meningkatkan tenaga dan stamina
~ meningkatkan sistem pertahanan badan
~ meningkatkan daya ingatan
~ memperbaiki pengaliran darah
~ membantu masalah darah tinggi/rendah,migrain,asthma,gout reumatic dll..
~ menjimatkan petrol dan diesel
~meningkatkan tenaga dan stamina
~ meningkatkan sistem pertahanan badan
~ meningkatkan daya ingatan
~ memperbaiki pengaliran darah
~ membantu masalah darah tinggi/rendah,migrain,asthma,gout reumatic dll..
hanya perlu TAMPAL, GUNA, DAN JIMAT SEHINGGA 25% petrol anda. (iklan dia)
apa macam...macam tak percaya je kan!!
Pengalaman aku menggunakan Sticker Bio Energy Chip
Sebenarnya mula-mula aku pun tidak percaya dengan sticker ni. Macam pelik sahajakan tampal sticker dekat penutup tangki minyak, lepas tu minyak kereta jadi jimat. Tetapi selepas kakak aku beli dan dia kata minyak kereta dia jimat aku pun rasalah nak try (actually kakak aku dapat free daripada husband dia). Aku pun beli la. huhu ... So sekarang ni aku baru start nak buat kajian la betul ke tak jimat minyak apabila guna stiker chip ni.
kajian aku ni berdasarkan:
1. Model kereta: Saga flx 1.6 (A)
2. Usia Kereta: 1 tahun
3. Perjalanan adalah ulang alik dari rumah ke tempat kerja.(jalan jem ke, stop kete ke, pasang air cond ke, ..semua termasuklah)
4. Cara pemanduan: Memandu dengan cara tak berhemah. speeding paling laju pon 120km/h je la..(sebab office aku dekat je dengan rumah-13km)
Pengunaan minyak sebelum menggunakan SBEC ni
Harga petrol= RM1.90/ liter-Shell
untuk RM5 petrol aku boleh pergi sejauh 26km
bermaksud untuk 1 liter petrol aku boleh pergi sejauh 9.9km
Penggunaan petrol selepas menggunakan SBEC ni
Harga petrol=RM2.10/liter-shell
Untuk RM50 petrol aku boleh pergi sejauh 263km
Ini bermaksud untuk 1liter petrol aku boleh pergi sejauh 11.05 km
Ini bermaksud.....minyak makin jimat...huuhu
Ini adalah berdasarkan bukti dibawah:
Harga petrol=RM2.10/liter-shell
Untuk RM30 petrol aku boleh pergi sejauh 175km
Ini bermaksud untuk 1liter petrol aku boleh pergi sejauh 12.25 km
Harga petrol=RM2.10/liter-petronas
Untuk RM30 petrol aku boleh pergi sejauh 203km
Ini bermaksud untuk 1liter petrol aku boleh pergi sejauh 14.21 km
Kesimpulannya petrol aku jimat 14% je..tapi oklah tu..kalau nak lebih power cuba lekat sticker lebih dari satu...
nota: sebenarnya kajian ni tak siap lagi..hehhee..tunggu minyak aku tinggal 1 bar. aku akan ambik gambar mileage lagi



full berapa ringgit ek kereta ni. tak pernah isi full sebab biasa pegi kolej budget isi seminggu sekali.
ReplyDeleteBro mase buat kajian boleh tolong isi minyak tu sama nilai x.. Jgn ade rm5..rm50..rm30.. Bagi semua rm30 la kalau nak rm30.. Sebab kalau tangki penuh minyak kurang kocak jadi kurang meruap dan lambat habis.. Kalau isi sikit akan jadi sebaliknya..
ReplyDelete